budaksengal
kita digalakkan menuntut ilmu sampai ke akhir hayat
Isnin, 19 September 2011
Rabu, 27 April 2011
Mari mendonlod
- Seeds number : Adalah jumlah file yang complete diupload oleh orang lain. Perasan tak masa korang download, korang juga akan mengupload file tue? Apabila korang upload 100% file tue, bilangan seeds akan bertambah. This means file tue akan jadik banyak kat database server yang korang download tue.. Contohnye kalo nombor seeds tue 100, maksudnye ader 100 file yang sama kat database server.. Sebab tuelaa kalo torrent tue ader banyak seeds, korang punye download speed tinggi, sebab korang akan download setiap sedikit dari 100 file tue.. huhu, paham x? In a biskut, korang berjaya amik 100 connection untuk download file yang sama..
- Peers number : Yang nie aku tak sure, tapi ianya menunjukkan bilangan orang mengdownload file yang sama dengan korang. Kalo ramai2 download file yang sama, korang akan share connection width, bermaksud speed korang akan jadik laju. Tapi bergantung gak, peers tue datang dari mana, kalo local, mungkin x laju, sebab korang mestilaa nak peers dari negara2 yang internet maju and pantas. Aper yang Streamyx buat kat Malaysia ialah diorang telah block connection peers Malaysia ngan peers dari luar negara, so sebab tuelaa p2p download kat Malaysia cam siput terseliuh, korang cuma dapat local peers jer…
- Port number : Adalah nombor yang digunakan untuk identify process transfer aper yang berlaku oleh server. Contohnyer, kalo korang guna File Transfer Protocol (FTP) korang akan guna port 21, Transmission Control Protocol (TCP) software kat pc korang akan guna port nie untuk hantar message kat server.. Huhu, so kalo korang tukar port, ataupun portforward, mungkin speed korang akan naik sebab korang akan tukar port yang mana lebih sesuai untuk digunakan untuk transfer process yang korang lakukan, iaitu mengdownload benda2 cetak rompak kat internet!! hehe..
Ahad, 13 Mac 2011
Ahad, 6 Februari 2011
aku & dslr entry level pt4
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.
Pada tiang




Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.

aku & dslr entry level pt3
Cara Pegang DSLR Secara Menegak
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kam
era kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.




aku & dslr entry level pt2
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.
aku & dslr entry level pt1

Satu persoalan, bila aku sudah memiliki kamera, bagaimana cara aku memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera
dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja.
Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya.
Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.

Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.